Jul 8, 2012

♥ me ♥ U ♥

Nobody kills me like you  
Nobody gets me like you do
Nobody thrills me like you do 
Nobody cares for me like you do
Nobody listens to me like you do
Nobody talks to me like you do 
Nobody holds me like you do
Nobody sings to me like you do
Nobody adores me like you do

But
What makes the most is
Nobody loves me like Allah S.W.T 



Jul 7, 2012

Hatiku

aku mmg manusia yang lemah.. sgt tak kuat tapi aku sdg cuba utk kuatkan hati sediri sbb aku percaya Allah sentiasa denganku.. bisikan kata-kata manusia sekelling ditambah dunia yg sesak selalu utk melemahkan semangat untuk diri ini berubah.. sgt mudah aku tersasar tapi syukur aku sentiasa mendapat semangat daripada yang tersayang.. keluarga dan mereka yg rapat pasti tahu.. mencuba n terus mencuba mengikhlaskan hati kerana Allah Taala.. titisan air keluar daripada mata sesekali... terlalu byk khilaf dan dosa yang aku buat sepanjang 26 tahun.. kadang2 terasa tidak akan diberi peluang untuk balik ke jalan yang benar..
selalu aku befikir, aku bertudung tapi cukup ke tudung yg membaluti rambutku? aku sdg belajar menutupi auratku supaya sempurna walaupun tidak sempurna saat ini.. Solat, jarang2 sekali cukup 5 waktu sehari semalam.. aku x malu berkata sbb itu diri aku.. tapi sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan yg aku rasa perlu pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit.. Insya Allah.. 
terbayang saat mendengar kata-kata Ustaz Yusnan dalam slot Feqh Dakwah sangat membuka hati aku.. "Antara memakai tudung dan solat, mestilah kita ingatkan tentang solat dahulu." 
saat membaca nota2, terjumpa sabda Rasullullah S.A.W,
"Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di dunia iaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad dan Asiah, isteri Fir'aun" 
                                                                                                      -hadith riwayat Ahmad, Abdurrazaq, Trimidzi, Ibnu Hibban dan Hakim

Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, tetapi tidak pula ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku menuju ke jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. Istiqomahlah hati ini. Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada orang yang soleh dan solehah. Amin...
Nota kaki: Bila dia di hatiku berkata..

Jul 4, 2012

Amalan Nisfu Sya'ban


Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri

Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

Jul 1, 2012

Menolong dan ditolong

Menolong pn housemate saya membuat blog sambil ditolong menghabiskan spagetti alfredo saya yg x sedap!! Ngee =)