selalu aku befikir, aku bertudung tapi cukup ke tudung yg membaluti rambutku? aku sdg belajar menutupi auratku supaya sempurna walaupun tidak sempurna saat ini.. Solat, jarang2 sekali cukup 5 waktu sehari semalam.. aku x malu berkata sbb itu diri aku.. tapi sentiasa aku berdoa agar hati ini istiqamah dengan perubahan yg aku rasa perlu pada diri ini walaupun sedikit demi sedikit.. Insya Allah..
terbayang saat mendengar kata-kata Ustaz Yusnan dalam slot Feqh Dakwah sangat membuka hati aku.. "Antara memakai tudung dan solat, mestilah kita ingatkan tentang solat dahulu."
saat membaca nota2, terjumpa sabda Rasullullah S.A.W,
"Cukuplah bagimu empat wanita terbaik di dunia iaitu Maryam bt Imran, Siti Khadijah bt Khuwailid, Fatimah bt Muhammad dan Asiah, isteri Fir'aun"
-hadith riwayat Ahmad, Abdurrazaq, Trimidzi, Ibnu Hibban dan Hakim
Ya Allah, ampunkanlah aku. Sesungguhnya aku tidak layak masuk syurgamu, tetapi tidak pula ku sanggup menanggung seksa nerakamu. Kau pimpinlah aku menuju ke jalan orang yang bertakwa iaitu orang yang mendapat hidayah. Istiqomahlah hati ini. Kurniakanlah aku keluarga, kekasih, dan sahabat daripada orang yang soleh dan solehah. Amin...
Nota kaki: Bila dia di hatiku berkata..
No comments:
Post a Comment