Jan 13, 2016

Did i?

Being in control of our life & having realistic expectations about our day-to-day challenges are the keys to stress management..




 which is perhaps the most important ingredient to living a happy, healthy and rewarding life =)




Oct 8, 2015

dunia aku

Jadi, sentiasa ingat, orang yang perlu diutamakan lebih daripada diri sendiri, adalah ibu bapa kita. Seperti mana mereka sanggup tidak makan hanya untuk kita makan, seperti mana, mereka sanggup tidak ada baju baru, hanya untuk membelikan kita baju. 

Sekiranya sahaja, bukan kerana usia pasti mereka akan tetap berbuat begitu sehingga nafas terakhir mereka."

Aku diam dan, hati aku terusik... Cepat-cepat aku kelip2 kan mata. 

Sungguh indah aturan Tuhan malah diaturkan sekali aku berbicara dengan ustazah itu hanya untuk aku cepat2 menelefon ibu dan ayah di kampung.

Sep 22, 2015

i believe!

Try to make at least one person happy every day. 

If you cannot do a kind deed, speak a kind word. 

If you cannot speak a kind word, think a kind thought. 

Count up, if you can, the treasure of happiness that you would dispense in a week, in a year, in a lifetime =)

Sep 11, 2015

hati terdetik

Pada suatu tahap, kita manusia ini semuanya sependapat. Kita memberi harapan yang serupa, tetapi detik itu cuma hanya beberapa saat. Pada ketika kita semua menjawab dengan jawapan yang sama, “Sesuatu mesti dilakukan.”

Pada kata, 'sesuatu' itulah yang menyimpan semua permasalahan manusia, kerana 'sesuatu' itu menyimpan jutaan jalur jawapan untuk satu soalan.

Dan manusia pula, sedangkan dalam bercinta yang sering dibutakan pada kebenaran, dapat menimbulkan ribut resah, apatah lagi manusia yang memang berjumpa hanya bagi membuktikan diri masing-masing adalah lebih benar.

Hati.

Pada hati itu, kita berkongsi rasa mahu dihormati. Pada hati itu juga, kita mahu dilayan dengan adab-adab terbaik yang pernah kita tahu. Itulah punca yang kita gelar, 'sakit hati'. Bukan kerana, hujah kita dipatah dan pijak-pijak ke tanah, bukan juga kerana label-label yang menampakkan kita ini manusia hitam, bukan juga kerana tindak yang membuatkan fizikal kita cedera.

Kita, 'sakit hati' kerana, hati kita tidak bersetuju dengan cara hujah kita dipatah-patah oleh manusia lain, hati kita tidak setuju dengan cara kita diberi label, dan hati kita tidak setuju dengan cara mereka menyentuh tubuh kita.

Hati kita, tanpa sedar kita sebenarnya mahu sesuatu yang lebih daripada kebenaran. Kita ini manusia yang sentiasa tamak, dan itulah yang dipupuk oleh hati. Hati kita mahukan lebih daripada kebenaran, iaitu kehormatan dalam pada ketika kebenaran itu disampaikan.

Hanya hormat.

Hormat itu sangat mahal kerana ia hanya jelas pada ketika kita sembunyi-sembunyi memberi nasihat. Ia hanya tinggi pada ketika kita merendah diri menerima nasihat.

Ya, kita tidak mungkin sependapat kerana 'sesuatu' itu jurainya berjuta-juta, tetapi kita mampu menyimpulkan jurai 'sesuatu' itu dengan tali hormat.