Mar 30, 2014

The rule book

“Certainly, We have brought them a Book (the Quran) which We have explained in detail with knowledge, a guidance and a mercy to people who believe." (Al-A'raf: 52)

I don't look at is as a rule book anymore because rule books are boring and there's nothing boring about the Quran. Why didn't I trust Allah when He said He sent it down to us as a gift out of His love and mercy, and not to make our lives difficult or cause stress. May Allah swt make us among those who develop love for the Quran, grow into a better person with it and find joy in spending time with it. 

Mar 26, 2014

IM529 & MH370

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir hari ini ke atas 529 orang penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi demokrasi, Dr.Mohamad Morsi. 

Sesungguhnya hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya.

Hukuman ini jelas merupakan rentetan daripada langkahjy kuku besi yang didalangi oleh regim pemerintah Mesir untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka. Cengkaman itu meliputi memberikan kuasa yang lebih besar ke atas Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) yang bertindak menafikan samasekali kebebasan serta hak rakyat Mesir untuk bersuara!

ABIM menilai hukuman mati yang dikenakan itu merupakan campur tangan regim pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat Mesir menjelang pilihanraya Presiden Mesir tidak lama lagi. Esok, Selasa 25 Mac 2013, seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1200 para penyokong Morsi pula yang akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara serta mengancam ketenteraman awam.

Usaha untuk memusnahkan gerakan Ikhwan Muslimin yang bergerak serta berdiri di atas dukungan akar umbi rakyat Mesir semakin berleluasa dengan 'pembunuhan kehakiman' terhadap 529 mangsa terbaru ini. Tanggapan bahawa hukuman ini hanya bersifat “domestik” serta tidak mencakupi kepentingan masyarakat awam di peringkat antarabangsa seharusnya dikikis. Pastinya kezaliman terbaru ini bakal merancakkan lagi gerakan diktator negara-negara Arab yang kini bergerak aktif memburu simpatisan Ikhwan Muslimin khususnya di Bahrainn, UAE dan Arab Saudi.

ABIM menegaskan bahawa kemelut politik Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik dunia. Kebangkitan rakyat Mesir merupakan simbol kebangkitan demokrasi berinspirasikan rakyat yang tertindas. sejak sekian lama. Sikap membisu serta menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan terhadap demokrasi itu sendiri!

Oleh itu, ABIM menggesa rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa untuk menyuarakan secara lantang tentangan mereka terhadap kezaliman ini. Demi ke arah memartabatkan Demokrasi, Kebebasan, Serta Karamah Insaniah rakyat Mesir dan umat secara keseluruhannya. We Are All Ikhwan (Kita Semua Adalah Bersaudara). 

Amidi Abd Manan, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia / Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM)

2 berita sedih... 

MH370 berakhir di lautan hindi.
IM529 berakhir di tali gantung

MH370 mungkin mengorbankan 227 penumpang
IM529 akn mengorbankan 529 sbg syuhada'

MH370 mendpt perhatian dunia
IM529 tidak mendpt perhatian dunia

MH370 tidak diketahui motif ke lautan hindi
IM529 bermotif zalim ke tali gantung

MH370 diketuai oleh pilot yg hebat kapten Zaharie..
IM529 diketuai oleh mujahid ulung al mursyidul am Ikhwan Muslimin Dr Badi'....

Takziah buat keluarga MH370&IM529...
Al-Faatihah.....

Mar 25, 2014

Aurat

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al-Ahzab : 59

Mar 10, 2014

Period Part 2


waaa... baru perasan post ni x terpost.. padahal dah tersimpan dlm draft lama dah.. phewww pheeww berhabokk =)

After balik from OnG tu, die suggest i makan EPO.. n of course all the cost my mom yg tanggung.. n it doesnt stop there.. start dr jumpa O&G tu, mmg berulang alik hosp selang 3 bulan.. she did ask me tuk makan ubat hormon insead of EPO.. so, i akan makan ubat tu in 3 month time, after that stop for next three month.. during that time, mmg hidup dgn pills and supplements but i x give up sbb i nak period every month! dats my aim.. tp period still x datang every month.. its only come every couple of months tp its teratur n dts make me happy.. a happy i am at dat time =)

but, it still x make me recover fully.. so, bila period x dtg dlm masa 3 month yg makan ubat tu, again i pergi jumpa O&G back.. thank god doctor tu jenis yg support and explain to me in details.. bila u x dtg period, mksdnya ur hormom is not stable, ur ovari could produce an egg and most probably u akan ada masalah untuk get pregnant when u get married.. i was shocked! sapa x nak pregnant n having a baby kan?? so, what i shall do?? i rmember at that time, i was shaking and sad.. but the doc again explain it to me.. its not us, the doc who can guarantee whether u ca have baby or not.. its God (she did say god, as my doc is buddhist) and thats make me smile againn=)

i did continue consuming the pills dr i form 4 sampaila i masuk u.. roughly about 10 years!! give up x yah cakaplaaa.. sentiasa nak give up but im thnakfull sbb my ibu n close friends yg tau masalah i support.. even kakak housemate masa kat uitm pon support n itu antara penyebab i x jadi nak give even kadang2 give up sbb bosan makan ubat..=p  

masa i kat uitm, doc did as me tuk datang on my 3rd day of period.. nak scan PCOS.. what is PCOS.. kita sambung next la eh.. wannna have my sleep nak koje besok!!! jauh nak travellll




Nota kaki : ibu slalu ckp, jgn give up sbb sakit ateh ni sikit je banding ape yg org lain alami.. so, dats part of the reason i kekal positive n x give up on my life.. part 1 kat sini