Jul 4, 2012

Amalan Nisfu Sya'ban


Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri

Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.
Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

No comments:

Post a Comment