Aug 2, 2011

hikayat seribu malam

Ya-Rabbul Ariffin Tuhanku seandainya telah kau takdirkan dia milikku, tercipta buatku, dekatkan lah hatinya dengan hatiku, tetapkan lah kemesraan antara kami agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin dan Tuhanku seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini, ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih, seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandangan ku, luputkanlah dari ingatan ku & peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Rabbul Izzati serta Tuhanku yang Maha Mengerti berilah aku kekuatan melontar bayangannya jauh ke dada langit hilang bersama senja nan merah & gelap pekat awan agar aku bisa bahagia walaupun tanpa bersama dgnnya

Ya Rabbul Quddus dan Tuhanku biar sekuat mana aku menyintainya aku pohon agar kau lenyapkan perasaan ini sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku, gantilah yg telah hilang & tumbuhkanlah kembali yg patah walaupun tidak sama dgn dirinya

Ya Rahman Ya Rahim tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya selagi tidak melebihi kasihku padaMU,

Ya Allah ya tuhanku, pasrahkanlah aku dengan takdirmu sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik kerana Engkau maha mengetahui segala yang terbaik buat hamba Mu

Ya Allah cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku dunia dan di akhirat, dengarlah rintihanku & jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat, menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai & kurniakanlah padaku keturunan yang soleh....

Nota Kaki: padamu ku bersujud.. amin ya rabbal alamin.. salam ramadhan muslims

No comments:

Post a Comment