May 15, 2010

saya sgt emo sekarang

Ketika kita tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati kita sendiri, itu tandanya sudah sampai masanya untuk berangkat pergi.. Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi. Jika kita terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, sepi mengatasi segala nikmat. Maka katakanla pada diri, kali ini biarkanla perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau ada yang lebih dari tahu, tidak ada yang lebih berharga. Itu lebih bererti kerana ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala kita berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi. Adakalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan...

Adakalanya sepi menjadi lebih indah kerana disaat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui. Tidak perlu merayu pada kerana hati kita milik kita dan bawalah hati kita dan pergilah dari situ..

Aku berhenti berharap

Dan menunggu datang gelap

Sampai nanti suatu saat

Tak ada cintaku dapat

Kenapa ada derita bila bahagia tercipta

Mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan

Aku pulang tanpa dendam ku terima kekalahanku

Aku pulang tanpa dendam ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia……

kau ajarkan aku derita

Kau tunjukkan aku bahagia……

kau tunjukkan aku derita

Kau berikan aku bahagia……

kau berikan aku derita

footnote: anda berumur 23tahun tapi masih jahil n bertindak bodoh kan??? -_-

No comments:

Post a Comment