Dec 21, 2008

sEpi LeBiH iNdAh???

Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu lebih indah... Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masanya untuk berangkat pergi. Kala itu, sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat. Maka katakanla pada diri, kali ini biarkanla perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, walau kau lebih dari tahu, tidak ada yang lebih berharga selain dirimu, jua aku tidak mungkin dapat melupakanmu.
Itu lebih bererti kerana ada kalanya perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, maka adalah lebih baik melangkah pergi…..Adakalanya kita perlu melangkah ke belakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan.

Adakalanya sepi menjadi lebih indah kerana disaat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui. Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ……maka katakanla….

Aku berhenti berharap

Dan menunggu datang gelap

Sampai nanti suatu saat

Tak ada cintaku dapat

Kenapa ada derita bila bahagia tercipta

Mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan

Aku pulang tanpa dendam ku terima kekalahanku

Aku pulang tanpa dendam ku salutkan kemenanganmu

Kau ajarkan aku bahagia……

kau ajarkan aku derita

Kau tunjukkan aku bahagia……

kau tunjukkan aku derita

Kau berikan aku bahagia……

kau berikan aku derita “

No comments:

Post a Comment